oleh: puteriains Macaroni Goreng

Dsc01053

resipi dari mama


Created on : 02-07-2009

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • macaroni (tak kisah saiz) direbus dgn sedikit minyak
  • bawang merah kecil
  • bawang putih
  • cili kering
  • daging dipotong kecil dan nipis
  • udang saiz sederhana
  • kobis
  • lobak potong nipis memanjang
  • tomato sos
  • telur
  • garam

Cara-cara

  1. tumis bawang merah,bawang putih dan cili kering yang telah diblend.
  2. sesudah agak garing,masuk daging dan udang.jika mahu ganti dgn ayam pun boleh.ikut selera masing2.
  3. setelah masak daging dan udang,masukkan kobis dan lobak.
  4. kemudian masuk tomato sos dan garam
  5. pecah telur dan gaul.
  6. akhir sekali, masukkan macaroni.gaul.kalau kurang rasa tambah garam dan tomato sos atau jika suka cili sos.
  7. hiaskan dengan daun bawang.sedap dimakan dengan bawang goreng dan parutan keju(cheddar cheese)