oleh: ruhanamk Ayam Sambal Cili Padi

No picture

Resipi Sendiri, simple dan mudah


Created on : 02-07-2009

Bahan-bahan ( 10 orang )

  • 1 ekor ayam kampung atau ayam pencen
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili Padi secukupnya, bagi yang suka pedas boleh letak lebih
  • 1 inci halia, jika suka
  • 3 batang serai, jika suka
  • 1 inci kunyit hidup, jika suka
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 1/2 sudu makan gula sebagai penambah perisa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar atau tumbuk lumat semua bahan-bahan kecuali ayam, garam, asam dan gula.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan semua bahan-bahan kisar tadi.
  3. Apabila sudah bangkit baunya dan agak kekuningan, masukkan ayam, garam dan asam gelugor. Tutupkan periuk. Biarkan hingga ayam masak. Sekali-sekala kacau supaya sekata.
  4. Jika ayam masih belum empuk meskipun, kuah hampir kering , masukkan sedikit air, teruskan hingga ayam empuk.
  5. Akhir sekali masukkan gula dan kacau rata. Dua minit selepas itu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.