oleh: ibumimi Shepherd's Pie

Dd

sesuai untuk potluck kerana pastinya lain dari yang lain


Created on : 28-06-2009

Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 800 grm (2 bungkus) daging kisar atau boleh campur dengan daging hiris, paru2 yang dah direbus - lagi sedap
  • 1 tin cendawan butang dipotong 4
  • 1 cawan carrot atau mix vege
  • 1 biji tomato dipotong kiub
  • 1 kiub stok daging dicairkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh Oregano kering
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa - masukkan hanya apabila sudah masak
  • Bahagian Atas:-
  • 5 biji kentang USA/Russet sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 gelas susu segar suam – kalau tak de boleh guna air rebusan kentang je
  • ½ sudu teh lada putih
  • Sepeket Parutan Mozarella -sorry tak ingat berapa gramlaa, tapi peket yang kecil je. Boleh guna kepingan cheese gak, tapi.. yg sedaplaa
  • Serbuk Parmesan secukupnya

Cara-cara

  1. Cara untuk Bahagian Bawah (Base) Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang besar kemudiannya masukkan daging hiris dan goreng sehingga kuning keemasan
  2. Masukkan daging hancur, cendawan , tomato, serbuk lada hitam, oregano, air stok daging dan masak sehingga daging menjadi warna pucat
  3. Masukkan sayuran dan renih sehingga air agak kering – air sekadar menutupi 1/2 bahan gorengan
  4. Masukkan tepung jagung dan apabila telah likat, masukkan garam dan matikan api. Tuang kesemuanya kedalam bekas tahan bakar (casserole) dan padatkannya
  5. Untuk bahagian atas, potong kentang kecil2 berbentuk kiub (½ inci x ½ inci ) bersama bawang putih dan rebus kedalam air yang sedang mendidih yg telah diletak garam selama 5 minit (lembut)
  6. Toskan kering dan letakkan kedalam mangkuk . Lenyek kentang n bawang putih segera (semasa panas) bersama mentega sehingga benar-benar halus - saya gunakan garfu
  7. Masukkan garam, susu suam dan lada putih dan gaul sehingga gebu
  8. Taburkan keju menutupi bahagian base sebelum meletakkan kentang. Kemudian tutup dengan kentang lenyek pula dan lorekkan dengan garfu diatasnya – jangan buat flat je nanti tak cantik
  9. Taburkan dengan parutan keju dan serbuk parmesan keatas adunan
  10. Bakar didalam oven pada suhu 400° F (205 °C) selama 10 minit atau sehingga keju cair dan bewarna keemasan. Sedia untuk dihidangkan