oleh: HAZLIZA BT HATTA Biskut kastard special

Image000

Idea sendiri


Created on : 22-06-2009

Bahan-bahan ( 100 bj lebih )

  • 250 grm butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar chocolate rice
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung kek
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • Selebihnya tepung gandum-sampai boleh jadi doh yg lembut dan tak melekat di mangkuk yg kita bancuh adunan itu
  • Beberapa titik warna kuning

Cara-cara

  1. Kacau butter dengan gula.Kacau biasa je.Tak payah kembang.
  2. Masukkan chocolate rice dan kesemua tepung juga warna kuning.Digaul sehingga menjadi doh.
  3. Teraplah dengan corak yg anda suka.Saya hanya jemput-jemput adunan dan tekan dgn garfu saje.Mudahkan.
  4. Griskan loyang.Bakar sehingga biskut anda masak.(Kalau garingkan sedikit biskut anda....bertambahlah rangup....cube ye.....)