oleh: nor_67 Jelly Kelapa

Jelly_kelapa

sedap ni makan sejuk2 di musim panas2 skrg ni..


Created on : 22-06-2009

Bahan-bahan ( lebih kurang 13 cup spt gambar di bawah )

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai.
  4. Jelly_kelapa_2
    Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  5. # sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.