oleh: yani
Jus buah kundang
yani@myresipi.com
Rasa masam manis. Boleh menyamankan anak tekak dikala sang matahari galak memancarkan sinarannya ;)
Created on :
16-06-2009
Bahan-bahan ( - )
- 2kg buah kundang
- 500g-700g gula batu
- 2-3 sudu besar garam
- Air yang telah dimasak secukupnya.
Cara-cara
-
Potong buah kundang. Keluarkan biji yang kaler purple. Bersihkan dan rendam dengan air garam semalaman.
-
Toskan buah kundang. Kemudian masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan sekali air yang dah dimasak(yg dah sejuk) dan juga gula batu.
-
Bolehlah simpan dalam peti sejuk. Selepas sehari bolehlah ambik sedikit air jeruk tadi dan ditambah dengan air mengikut kemanisan yang dikehendaki.
-
* Sukatan di atas adalah anggaran semata-mata. Boleh adjust ikut citarasa masing-masing.