oleh: srt08 Roti Sandwich

100_0088

mudah, senang dan sedap di makan, tak caya cubalah!


Created on : 11-06-2009

Bahan-bahan ( 2 loyang roti sandwich )

  • 2 tbsp yis (1 peket mauripan )
  • 3 tbsp gula
  • 2 tsp garam
  • 2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan shortening / majerin
  • 5 1/2 - 6 cawan tepung roti

Cara-cara

  1. Ambilkan 2 cawan tepung sahaja dan campurkan dengan semua bahan kering, ketepikan.
  2. Masukkan susu, shortening/marjerin dan masakkan sebentar, cuma suam bukan hingga panas.
  3. Masukkan susu tadi kedalam tepung tadi dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan lagi tepung secawan demi secawan untuk menghasilkan doh hingga lembut dan tak melekat di tangan.
  5. Rehatkan doh 10 minit, masukkan doh ke dalam mangkuk besar dan biarkan doh naik 2 kali ganda, tutup doh dengan kain bersih.
  6. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara dan uli sebentar, bahagikan doh kepada 2 bahagian, boleh lah di leperkan kemudian digulung atau leperkan doh dan lipat ia sahaja mengikut loyang roti.
  7. Sapu sedikit marjerin di sekeliling loyang, masukkan doh ke dalam loyang dan biar ia naik lagi, boleh lah panaskan oven pada suhu 160 oc , bakar selama 20 minit. Selamat mencuba.