oleh: kak fida ♥Ayam Masak Kicap Kerisik™

Ayam_sambal_goreng_kicap_kerisik

menambah koleksi resipi ayam masak kicap...


Created on : 17-05-2009

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 1 ekor ayam (1.5 kg) - dipotong kecil,bersihkan dan toskan
  • 3-4 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 3 tangkai lada merah/hijau*
  • 3 batang serai**
  • 1 ibu jari halia**
  • 1/2 cawan pes cili kering
  • 1/2 botol kicap manis/pekat manis
  • sedikit belacan bakar
  • 1/4 cwan air asam jawa
  • 3 sb penuh kerisik
  • gara,gula secukup rasa jika perlu
  • sedikit air jika perlu
  • 1/4-1/2 cawan minyak masak - untuk menumis

Cara-cara

  1. Ayam_sambal_goreng_kicap_kerisik_s_sediakn
    Hirs halus bahan2 bertanda *. Hiris dan cincang halus pula bahan2 bertanda ** dan ketepikan.
  2. Ayam_sambal_goreng_kicap_kerisik_d_prp
    Campurkan kesemua bahan2 dengan ayam di dalam mangkuk kecuali minyak masak dan gaul hingga sebati.Perap 1/2 jam atau semalaman .
  3. Ayam_sambal_goreng_kicap_kerisik_d_msk
    Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan bahan perapan tadi dan gaul rata.Masak di atas api sederhana dan tutup kuali.
  4. Kacau masakan sekali-sekala dan tambah perasa dan air jika perlu dan masak lagi hingga ayam empuk dan pekat.
  5. Sedap disajikan bersama nasi panas dan enak juga dimakan bersama roti...Selamat Mencuba... :)