oleh: junjs11
Sup ayam dan daging spesel
No picture
resepi sendiri..resepi ni jun campurkan ayam dan daging sekali, kalau x suka boleh buat ayam/daging sahaja..ikut selera masing2. sup ni agak pekat, boleh dimakan dengan nasi atau roti..
Created on :
28-12-2006
Bahan-bahan ( 4 org makan. )
- 4 ketul ayam-dipotong kecil
- 300gm daging-dipotong nipis
- 1 biji ubi kentang-dipotong dadu
- 1/2 btg carrot-dipotong dadu
- 1 biji tomato-dipotong dadu
- 3 biji bawang merah-ditumbuk
- 2 ulas bawang putih-ditumbuk
- 1 batang serai-dititik
- 2 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
- 1 sudu besar serbuk kurma
- 1 in halia-ditumbuk
- 3 cawan air
- Minyak secukupnya
- Garam, serbuk perasa, daun sup dan bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara
-
Panaskan minyak. Tumis serai, bawang merah, bawang putih dan halia yg ditumbuk. Masukkan rempah sup dan rempah kurma bersama sedikit air. biar naik baunya.
-
Masukkan air. Bila mendidih, masukkan ayam dan daging dan ubi kentang, biar empuk sedikit.
-
Masukkan carrot dan tomato. Masukkan garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan pekat sedikit.
-
Bila sudah masak, taburkan daun sup dan bawang goreng. Hidangkan bersama nasi atau roti..