oleh: wifemuda Sekaya Pandan

Cam_002

Lembut..lebih sedap daripada yg dijual dikedai. Kalau tak percaya cubalah....


Created on : 21-04-2009

Bahan-bahan ( Satu bekas sederhana besar )

  • 1 mangkuk telur *
  • 3 mangkuk santan * ( daripada sebiji kelapa )
  • 3 mangkuk gula *
  • sedikit perwarna hijau ( pandan )
  • sehelai daun pandan ( disimpulkan )
  • ( Bahan yg bertanda * disukat menggunakan mangkuk yg sama ) cth mangkuk seperti didlm gambar.

Cara-cara

  1. Blender telur dengan gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan santan kedalam adunan telur dan blender sekejap.
  3. Kemudian masukkan adunan ke dlm kuali bersama daun pandan dan sedikit perwarna - masak dgn api yg perlahan
  4. Kacau sentiasa sehingga likat dan agak pekat.
  5. Tutup api dan biarkan ianya sejuk ( boleh dicicah dgn roti , kuih jala @ dibuat inti )