oleh: ayu898 Bihun Sup

Img_1976

Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : )


Created on : 23-02-2009

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Bihun untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara

  1. Img_1960
    Rendam bihun dalam bekas berisi air
  2. Img_1958
    Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
  3. Img_1959
    Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  4. Img_1962
    Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  5. Img_1963
    Setelah itu, masukkan air secukupnya
  6. Img_1965
    Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
  7. Img_1966
    Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  8. Img_1968
    Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  9. Img_1970
    Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  10. Img_1972
    Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
  11. Img_1974
    Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
  12. Img_1976
    Hidang dengan sambal kicap