oleh: azwalissa
Kerepek China Arrowhead
azwalissa@myresipi.com
Ubi Arrowhead/ngarku nih hanya terdapat menjelang perayaan tahun baru Cina saja. Sekarang tengah banyak dipasaraya. Boleh cuba sementara stok masih ada.. hehe! Rasanya lemak2 dan ranggup.
Created on :
19-01-2009
Bahan-bahan ( 1kg = 1 bekas besar )
- 1 kg Ubi Arrowhead
- Garam / Whitepepper / Blackpepper (sebagai perasa jika suka)
Cara-cara
-
Bersihkan ubi arrowhead dengan membuang kulit ari nya sahaja. Basuh dan toskan.
-
Sagat nipis ubi tersebut dan goreng dalam minyak seperti menggoreng kerepek ubi. Sesudah perang, angkat dan toskan minyak.
-
Jika suka boleh tambahkan garam atau serbuk blackpepper / lada sulah sebagai perasa. Saya suka makan kosong aje. Rasanya ranggup dan lemak.