oleh: quinnie Dadih laici berkuah

Dadihl

mudah dan sedap..


Created on : 13-01-2009

Bahan-bahan ( anngaran 40 keatas )

  • 1 paket dadih perisa laici (yg dah siap punya ada jual kat kedai...cap yg paling sedap..brand happy grass)
  • 1/2 kotak fresh milk (500 ml)
  • 2 1/2 liter air
  • 1 tin susu cair ( 400 ml)
  • 1 sudu besar gula
  • 1 tin laici ( kalau nak letak banyak boleh tambah lagi)

Cara-cara

  1. masak air hingga didih. selepas air didih masukkan gula.
  2. kemudian masukkan susu cair dan susu segar. biar dalam 1-2 minit. hanya untuk panas kan saja susu tu.
  3. selepas susu dah panas, tutup kan api dan masukkan dadih segera tadi. kacau2 selama 5 minit.
  4. akhir sekali masukkan gula dadih segera dan kacau2 sekejap, kemudian tutupkan api.
  5. masukkan dadih kedalam bekas. saya guna bekas saiz kecil. biarkan dadih sehingga ia mengeras.
  6. sementara itu, asingkan laici dan jugak kuahnya.
  7. cerai-ceraikan buah laici tadi menggunakan tangan.
  8. apabila dadih dah mengeras, letakkan sedikit buah laici diatasnya. kemudian sudukan 1/2 atau 3/4 air laici kedalam bekas tadi. buat sehingga habis.
  9. bila dah siap. masukkan semua dadih tadi kedalam peti ais. bila dah sejuk..boleh la dimakan.
  10. nota: kalau nak guna dadih brand lain pun boleh jugak...tapi jgn letak susu segar tu sebab nanti dia terlebih rasa susu...guna ikut sukatan kat belakang paket tu je ( 3 liter air dan 1 tin susu cair)