oleh: newbie123 Keropok Lekor Ikan Tuna

Dsc05600

Resipi sempoi yang sedap!


Created on : 09-01-2009

Bahan-bahan ( untuk 1 orang makan )

  • 1 tin kecil tuna flakes (185 gram)
  • 1 cawan tepung jagung
  • garam/serbuk lada hitam secukup rasa
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. Toskan air atau minyak ikan tuna. Masukkan isi ikan tuna dalam mangkuk dan gaulkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg tidak melekat ditangan.
  2. Dsc05599
    Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa (serbuk lada hitam optional). Bahagikan kepada 4 bahagian dan gentelkan panjang panjang macam gambar sebelah.
  3. Panaskan air didalam periuk hingga mendidih. Masukkan keropok tadi dan rebus sehingga keropok timbul. Angkat, toskan, dan biarkan sejuk.
  4. Setelah sejuk, hiris nipis dan bolehlah digoreng seperti biasa. Enjoy!!!
  5. NOTA: Kalau guna tuna dlm air, lepas ditoskan air, tuna jadi kering. Jadi masa langkah 1 tu, masukkan sedikit air supaya isi tuna dan tepung boleh jadi doh. Kalau guna tuna dalam minyak, selalunya lepas tos pun masih berminyak lagi, jadi tak payah masuk air. Lebihan minyak tu pun dah cukup untuk jadi doh.