oleh: telukibh
Ikan Bilis Tumis Sambal Tempoyak
telukibh@myresipi.com
Resepi dari blog Mak Lang Azie...sedap smpi terbabas-babas. Klo nak tambah petai pun boleh, lagi sedap.
Created on :
07-01-2009
Bahan-bahan ( 2 orang makan )
- 1 genggam ikan bilis digoreng dahulu (ikut suka, tak nak goreng pun tak per)
- *10-15 biji cili padi
- *0.5cm kunyit hidup
- Sebatang serai dititik
- Sehelai daun kunyit dihiris
- Sedikit minyak utk menumis
- Sedikit garam
- Tempoyak secukupnya (suka ati nak boh baper byk)
Cara-cara
-
Tumbuk lumat kunyit hidup, di ikuti dgn cili padi, cili tu tak berapa lumat pun tak per
-
Panaskan sedikit minyak dlm kuali, kemudian tumiskan bhn2 tumbuk, masakkan sedikit cili, org2 tua kata matikan cili.
-
Kemudian masukkan tempoyak, daun kunyit hiris dan serai. Kacau. Taburkan garam, kena igt sket kwn2, kekadang ikan bilis dah masin, so agak2 ler ek.
-
Selepas 3 minit, agak2 bau semua dah naik, barulah masukkan ikan bilis. Gaulkan, tutup api. Boleh ler di hidang.
-
Kalo tempoyak tu agak2 tak masam, masa menumis tadi boleh ler ditambahkan asam keping, barang sekeping dua ya.