oleh: maksu om
Jeruk Betik Rapuh
maksu om@myresipi.com
Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.
Created on :
01-01-2009
Bahan-bahan ( Banyak sedikit bergantung pada saiz buah.. )
- 1 biji betik tua (yang masih keras)
- 1/2 cawan garam kasar
- 2 cawan air kapur makan
- 2 cawan gula
- 1 keping asam gelugur
Cara-cara
-
Buang kulit buah betik.Belah buang biji dan bahagian yang berbulu-bulu dalam buah.
-
Potong buah betik berkeping2. Masukkan dalam bekas,gaul garam dan tuangkan air kapur.Jika air kapur tidak menenggelamkan buah,bolehlah ditambah air.
-
Potong dan masukkan asam gelugur.Jerukkan untuk tempoh seharian.
-
Apabila buah dah masuk rasa masin atau dah cukup seharian,tuang airnya dan cuci buah.
-
Masak gula dengan 2 cawan air dan tuangkan ke buah.Tenggelamkan buah.Simpan lagi untuk tempoh 5-6 jam.
-
Biasanya selepas 5-6 jam bubuh air gula,jeruk dah ok manis masinnya. Tapi jika dirasakan belum betul2 masuk gulanya,tambah tempohnya lagi.
-
Jeruk yang dah jadi dibuang airnya dan dicuci.Simpan dalam peti ais tanpa air.Malumlah tak berpengawet,nanti berlendir n berbau.Simpan dalam bekas berpenutup.
-
Asam gelugur bertujuan untuk rasa masam2,boleh diganti ngan 2 sudu cuka. Kadang2 maksu juga patah2kan 4, 5 biji cli padi dan masukkan untuk tambah perisa. Selamat mencuba.