oleh: rossitamz
Koktail Kastad Buah
rossitamz@myresipi.com
Sedap dimakan sejuk2...nyaman je masuk tekak. Belajar dari biras...
Created on :
28-12-2008
Bahan-bahan ( 10 orang )
- ** Bahan untuk kastad :
- 1 cawan tepung kastad
- 4 cawan air
- 2 camca besar gula
- ** Bahan2 lain :
- 1 tin susu cair (400ml)
- 1 tin koktail buah2an campuran
- 1 tin longan
- Air masak secukupnya
Cara-cara
-
** Untuk Kastad : campurkan semua bahan untuk kastad ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
-
** Untuk Kuah : Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
-
Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
-
Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
-
** Cara Menghidang : Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
-
Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati...!
-
** Untuk jamuan @ open house, campurkan kuah, kastad dan buah2an dlm punch bowl & biarlah tetamu ceduk sendiri.....!