oleh: maksu om
Cencaru Bungkus Penuh Perisa
maksu om@myresipi.com
Aromanya menyelerakan. Tidak berminyak.
Created on :
27-12-2008
Bahan-bahan ( Untuk sekeluarga. )
- 6 ekor ikan cencaru sederhana besar (disiang dan dibuang kulit tebalnya)
- 5 ulas bawang putih*
- 3 ulas bawang merah*
- 2 tangkai cili kering*
- 2 batang serai*
- sehelai daun kunyit
- sedikit cuka makan*
- sedikit garam dan gula*
- Sedikit minyak(utk mengelakkan daun pisang cepat hangus)
- Daun pisang secukupnya.
Cara-cara
-
Blend semua bhan bertanda *.Boleh masukkan sedikit air supaya kerja2 memblend lancar.
-
Lumurkan bahan2 yang diblend pada ikan.Racik daun kunyit dan lumurkan sekali.
-
Daun pisang dilayur terlebih dahulu supaya tidak pecah semasa membungkus ikan.
-
Letakkan ikan bersama sedikit rencahnya tadi di atas daun pisang dan bungkus.
-
Ikat kedua-dua bahagian hujung.Juga menggunakan daun pisang yg dikoyak kecil dan memanjang.
-
Letakkan bungkusan ikan diatas kuali leper yang disapu sedikit minyak.
-
Alih-alihkan dengan berhati-hati jgn sampai daun pisang koyak dan terbuka.
-
Apabila daun pisang dah mula hangus sikit2,kira dah masak lah ikan tu.
-
Nak makan nanti barulah dibukakan daun pisangnya.