oleh: maksu om Kuih Kembung Dendan

Imej011

Garing di luar,lembut di dalam. Sesuai dicicah kari atau ditabur gula kastor.


Created on : 20-12-2008

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 oz air suam-suam kuku
  • 1/2 bungkus yis segera (maksu guna Mauripan)
  • 1 sudu makan majerin
  • 2 oz susu sejat (jika x guna susu,tambah 2 oz air suam)
  • 1/2 sudu garam
  • gula kastor untuk tabur
  • sedikit tepung ubi (digunakan supaya tidak melekat semasa mencanai)
  • Minyak untuk goreng terendam.

Cara-cara

  1. Masukkan yis mauripan dalam air yang suam-suam kuku. Larutkan. Masukkan susu sejat.
  2. Masukkan majerin dan tepung gandum. Uli sampai lembut.Memang akan melekat sedikit di tangan tetapi tidak mengapa.
  3. Biar sekejap hingga naik.,lebih kurang 5 minit
  4. Tabur sedikit tpg ubi dan canai nipis(lebih kurang 0.25 cm)
  5. Potong memanjang selebar 1 cm . Ambil tiga urat dan cantumkan bahagian hujungnya. Anyam seperti dendan.
  6. Jika anyaman itu panjang,bolehlah dipotong supaya sama panjang semuanya.
  7. Dah siap anyam,bolehlah terus digoreng. Mulakan dengan adunan yang mula-mula dianyam dan seterusnya.kerana ianya sudah naik. Goreng hingga kekuningan.
  8. Dah sejuk,taburlah gula kastor. Jika tidak pun boleh dicicah dengan kari.