oleh: junn Sambal Ketuk

Dscf0072

resipi ini diambil dari majalah


Created on : 08-12-2008

Bahan-bahan ( 3 orang makan )

  • 100gm ikan bilis
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 20 biji cili padi
  • 2 biji limau kasturi/nipis
  • 10gm belacan
  • gula, garam secukup rasa
  • Minyak utk menggoreng ikan bilis

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis hingga garing.
  2. Selepas itu goreng pula bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi dalam kuali yg berasingan.
  3. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama bawang-bawang , belacan dan cili padi hingga lumat.
  4. Masukkan gula dan garam dan tumbuk lagi kasi sebati.
  5. Akhir sekali perahkan air limau nipis/kasturi dan gaul rata