oleh: tuntung15
Rendang Ayam Pencen Daun Puding
tuntung15@myresipi.com
Resipi mak mertua. Memang sodap.
Created on :
27-11-2008
Bahan-bahan ( Sekeluarga )
- 1 ekor ayam pencen
- 1 kilo santan pekat
- Cili api (ikut pedas masing2)
- Cili kering (ikut pedas masing2)
- 1 inci kunyit hidup
- 7 batang serai (diblender halus)
- 3 batang serai (dititik)
- Lengkuas (anggaran 1/2 cawan selepas diblender halus)
- 1 keping asam keping
- Garam dan gula secukupnyer
- Daun puding
Cara-cara
-
Bersihkan ayam. Sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain, boleh lah mula dengan merebus ayam sebab al-maklum ayam pencen kene rebus lama.
-
Cili api, cili kering, kunyit hidup, 7 btg serai dan lengkuas diblender halus. Masukkan bahan2 blender ke dalam ayam yang sedang direbus. Rebus anggaran 1 - 1 1/2 jam.
-
Bila ayam dah lembut, boleh lah masukkan santan pekat, serai yang sudah dititik, garam, gula dan asam keping.
-
Masak macam masak rendang biasa. Jaga api dan kacau sentiasa supaya x hangit. Bila rendang separuh kering, boleh lah masukkan daun puding yang telah disiat-siat.
-
Ini lah rupa daun puding. Di Kuala Pilah orang panggil daun ni daun puding. Kat tempat lain, kak ogy x pasti ler. Daun ni sedap sangat. Letak banyak pun xpe. Bila dah dimasak, warna daun ni agak hitam dan berkilat.
-
Masaklah rendang sehingga kering dan naik minyak. Dah siap.