oleh: nOOrsha
Donut Sira Sambal
nOOrsha@myresipi.com
resipi ni sesuai utk roti juga. x payah pakai bread maker atau mixer, pakai tangan jer...insyaallah lembut sgt adunannye walopun dah goreng @ bakar lame...
Created on :
27-11-2008
Bahan-bahan ( 18 biji )
- Bahan² untuk donat:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sb margerin
- 2 sb susu tepung
- 2 sb gula halus
- 1 sb bread softener
- 1 st bread improver
- 2 st yis
- 125 ml air suam
-
- Bahan² untuk sira:
- segenggam cili kering
- 5 biji bawang putih
- 2 sb gula pasir
- 1 sudu makan cuka
Cara-cara
-
Cara² untuk donut
-
Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
-
Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.
-
Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.
-
sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.
-
toskan dan biarkan sejuk sebentar.
-
-
cara2 untuk sambal
-
Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.
-
Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
-
Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
-
Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
-
matikan api n sedia dihidang.