Ada resepi menarik, ada masakan yang mana anda berminat untuk di kongsi bersama.
Jom kita sama-sama berkongsi resipi di web ini. Mudah saja, Daftar (percuma) dan kemudian isikan resipi-resipi anda tersebut, dan selepas itu nantikan komen-komen
daripada mereka yang mencuba resipi anda itu. Pendaftaran adalah percuma tak perlu bayar apa-apa pun.
Cream puff yang menggunakan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen memberi kelainan rasa. Di samping itu juga kopi yang mengandungi Kacip Fatimah dan Kolagen ini sesuai untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan. <br/><br/>
Cream puff ini boleh dimakan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.
Krim Kastard : Masukkan tepung kastard dan 1 sudu besar minuman soya ke dalam mangkuk. Kacau sehingga tiada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Seterusnya masukkan minuman soya yang lebih tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
Panaskan di atas api dengan api yang sederhana sehingga pekat. Kemudian sejukkan.
Apabila krim dah sejuk, pukul whipping cream dengan gula sehingga pekat. Kemudian masukkan krim tadi (no.3) sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga menjadi bentuk krim yang diinginkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
Cream puff :
Persediaan Awal, panaskan oven sehingga suhu 200 darjah celcius. Alaskan dulang oven dengan oven paper. Ayakkan tepung gandum. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit telur tadi dengan garfu supaya telur kuning dan putih bercampur.
Masukkan air,mentega dan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen (Seperti yang di dalam gambar). Panaskan sehingga mendidih. Padamkan api.
Masukkan pula tepung. Kacau cepat-cepat sehingga tak berketul.
Panaskan semula adunan sehingga kepingan putih terbentuk di dasar periuk. Kemudian padamkan api.
Angkat periuk dari dapur, masukkan telur dan kacau cepat-cepat. Kacau sehingga tiada ketul-ketul terbentuk.
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe ke atas dulang oven dengan anggaran lebih kurang 3-4 cm diameter utk setiap biji.
Sembur(spray) permukaan cream puff dengan air. Kemudian taburkan sedikit almond ke atasnya.
Bakar cream puff dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah celcius. Bakar lagi selama 5 minit. Bila dah siap, sejukkan dahulu sebelum diletakkan krim.
Iklan TV Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen :-