oleh: Indai Aim
Manok Pansoh(Ayam pansoh)
Indai Aim@myresipi.com
Resipi turun temurun......
Created on :
22-10-2008
Bahan-bahan ( Satu keluarga )
- 1 ekor ayam -dipotong ,2 btg serai - dihiris, *6 ulas bwg putih ,*4 ulas bwg merah ,*3 buku halia saiz besar ,1 kuntum bunga kantan -dihiris ,1 ikat daun ubi - digosok2 sekejap dgn tapak tangan, garam dan aji secukup rasa( mesti masin ckit baru sdp, ikut
- Klik di sini untuk isi bahan
Cara-cara
-
Tuskan ayam yang telah dipotong tadi.
-
Tumbukkan bahan-bahan yang bertanda *
-
Gaulkan bahan2 yg ditumbuk tadi ke dalam ayam. Masukkkan serai, bunga kantan, garam dan aji.Gaulkan rata dan rasakan.Biarkan sekejap.(20 mnt)
-
Masukkan ayam ke dalam buluh.Selang-selikan dgn daun ubi yang telah digosok-gosok tadi. Semasa mengisi ayam tadi, hentakkan buluh tu sikit2 supaya ketulan ayam turun ke bwh.Jangan isi penuh sangat.
-
Tuangkan sedikit air ke dlm buluh tadi dan tutuplah mulut buluh tu dgn daun ubi atau daup pisang yang telah disimpul.
-
Bakarlah selama lebih kurang satu jam.Guna kayu api atau arang paling best.Tapi boleh juga guna dapur gas , cuma kena hati-hati dan sandarkan betul-betul pd dinding.Takut jatuh pulak! Ada kes sebenarnya...he..he..
-
Nota:Bagi yang suka pedas bolehlah gaulkan cili pada ayam...Air perapan ayam tu jangan dibuang,.tuangkan sekali dalam buluh ya.....
SELAMAT MENCUBA