oleh: quinnie
Telur masak kurma
quinnie@myresipi.com
pelbagaikan resepi telur..
Created on :
18-09-2008
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 8-10 biji telur direbus
- *3 bawang merah
- * 3 bawang putih
- * 1 inci halia
- *1 inci lengkuas
- 1 biji bawang merah dihiris
- 1 biji bawang putih dihiris
- 1 inci hali dihiris
- sedikit rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis,buah pelaga dan bunga cengkih)
- 5 sudu besar rempah kurma(dibancuh dgn sedikit air)
- santan secukupnya
- lobak merah dihiris
- cili hijau
- garam dan minyak untuk menumis
- 3 biji kentang( dipotong 4 dan direbus dulu utk kasi cepat masak)
Cara-cara
-
mula2 panaskan minyak dan goreng dulu telur rebus sampai kulit dia garing. lepas tu angkat dan ketepikan
-
guna minyak yg sama, tumis bahan rempah tumis dan bahan hirisan. lepas kekuningan masukkan bahan blend (bahan blend ni bahan yg bertanda *). goreng sampai naik bau.
-
dah naik bau masukkan rempah kurma. masak hingga keluar minyak.
-
lepas keluar minyak, boleh la masukkan santan dan kentang. biar sampai mendidih kuahnya. selepas didih kuahnya, masukkan pula cili hijau dan lobak merah. biar hingga sayur masak.
-
selepas sayur dah agak2 masak,masukkan telur rebus tadi dan jugak garam utk bahan perasa. biar sekejap utk kasi mesra lepas tu boleh la ditutup api dah dihidang bersama nasik.