oleh: newbie123 Biskut Rangup Earl Grey

Dsc05278

Biskut ini mudah disediakan kerana menggunakan kaedah gaul dan ramas. Rangup dan gebu. Patut dicuba oleh peminat-peminat teh Earl Grey.


Created on : 14-09-2008

Bahan-bahan ( 40-50 keping )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula
  • serbuk teh dari 4 uncang teh Earl Grey
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Satukan tepung, gula, serbuk teh, dan garam didalam satu mangkuk
  2. Potong dadu kecil-kecil butter. Gaul dan ramaskan butter kedalam adunan tepung sehingga sebati. Gunakan hujung-hujung jari ketika menggaul dan meramas. Jangan seperti menguli.
  3. Masukkan esen vanilla. Bentukkan doh seperti keropok lekor (bulat dan panjang). Gulungkan dalam plastik dan masukkan fridge lebih kurang 5 minit supaya mudah dipotong.
  4. Potongkan doh tadi nipis nipis lebih kurang 1/2 cm dan bakar selama lebih kurang 20 minit dalam oven 180 darjah.
  5. *NOTA : Gunakan teh Earl Grey brand Twinnings sebab aroma bergamot dia memang terasa. Kalau saiz biskut ini sebesar duit 50 sen, adunan diatas akan memberikan lebih kurang 50 keping biskut.