oleh: deemumtaz Masak Lemak Udang Yogurt

Dsc00105

Sesuai untuk yang berdiet


Created on : 04-09-2008

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 4 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 3 biji cili padi *
  • 1 inci kunyit hidup besar kelingking * (atau boleh guna serbuk kunyit)
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun kunyit dicarik-carik
  • 3 camca besar plain yogurt (low fat)
  • 8-12 ekor udang sederhana besar

Cara-cara

  1. Tumbuk halus bahan2 bertanda * kemudian tumis bersama serai sehingga wangi atau pecah minyak.
  2. Masukkan secawan air dan daun kunyit kemudian kacau sebati.
  3. Apabila agak mendidih masukkan yogurt dan kacau sebati. Biarkan mendidih seketika. Perasakan dengan garam.
  4. Masukkan udang dan kacau balik sehingga udang masak. Jangan terlalu lama nanti hilang manis udang.
  5. Siap untung hidangan berbuka puasa yang cepat dan ringkas serta sesuai untuk berdiet (tak makan santan). Tak perlu letak asam keping kerana yogurt tu dah masam. Plain yogurt boleh ganti santan kalau buat gulai juga, cubalah.