oleh: coconutice Roti Pita dengan Daging

Pitabeef

resepi senang yang boleh diubah suai untuk menetapi kesukaan sendiri


Created on : 17-11-2006

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil
  • 1 bawang besar dipotong kecil
  • 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
  • 200g daging (atau ayam) kisar
  • 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
  • Cabbage dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
  • Serbuk lada secukup rasa
  • 4 roti pita

Cara-cara

  1. Pitabeef1
    Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.
  2. Pitabeef2
    Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.
  3. Pitabeef3
    Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.
  4. Pitabeef4
    Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
  5. Pitabeef5
    Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega pada bahagian dalam roti pita tersebut.
  6. Pitabeef6
    Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan tak mengoyak roti pita itu.
  7. Pitabeef7
    Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia rangup.
  8. Nota :
    - Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging tersebut. Tetapi harus dipotong kecil
    - Keju juga boleh diletakkan untuk menjadikannya lebih sedap