oleh: kak fida ♥Kek Lapis Ekonomi™

Kek_lapis_ekonomi

Kek lapis yg tak banyak mengguna telur dan tak perlu membuang putih telur.Setakat ingin berkongsi resipi yg ada dlm simpanan bersama2 yg minat membuat dan memakan kek lapis. Sesuai utk lebaran akan tiba.


Created on : 17-07-2008

Bahan-bahan ( loyang 9x6 inc. )

  • A)- 250 g susu manis
  • 250 g mentega
  • B)- 6 biji telur yg besar - (disejukkan dlm peti sejuk)
  • 1 cwn gula halus/kastor
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk ovalette
  • sedikit pewarna kuning (opt.)
  • C)- kismis/ mix fruits/ prunes/ kurma/ choc chips/ haw flakes/ rempah kek dll - utk tabur pd lapisan kek.

Cara-cara

  1. Kek_lapis_ekonomi_003
    Pukul bahan A hingga kembang dan ketepikan. (jika menggunakan rempah kek , campurkan kedlm bahan A sekali)
  2. Kek_lapis_ekonomi_005
    Dlm mangkuk berasingan, pukul telur hingga 1/2 kembang dan masukkan gula sedikit2 hingga adunan kembang lalu masukkan ovalette dan terus pukul hingga sebati.
  3. Kek_lapis_ekonomi_007
    Masukkan campuran dr A tadi dan juga vanilla dan digaul rata (menggunakan senduk).
  4. Kek_lapis_ekonomi_009
    Masukkan pula tepung sedikit2 sambil digaul perlahan hingga habis.
  5. Kek_lapis_ekonomi_041
    Bakar adunan selapis2 seperti membakar kek lapis betawi dan tabur dgn apa-apa pilihan dari C....contoh kek lapis hawflakes ekonomi...
  6. SELAMAT MENCUBA....