oleh: yani Aiskrim durian

Aiskrim

kalo ada durian yg lebih2 tu..meh kita wat aiskrim pula.. ;)


Created on : 10-07-2008

Bahan-bahan ( +- 600ml )

  • 250g isi durian
  • 200ml fresh cream / whipping cream
  • 200ml fresh milk
  • 200ml air
  • 50-70g susu pekat manis

Cara-cara

  1. Masuk semua ke dalam blander/ FP . Mix sehingga sebati.
  2. Masukkan susu sikit demi sedikit. Sambil tu rasalah..Ni utk mengelakkan dari termanis.. Kalau durian tu dah manis.. letaklah sedikit sahaja.
  3. Bila dah siap tu bolehlah simpan kat tempat frozen.
  4. Bila dah hampir separuh beku tu, bawa keluar dr freezer. Mix dengan mixer sehingga nampak gebu.. Lepas tu frozen semula. (ulang 2-3x utk dapat hasil yg lembut)
  5. Icecream1
    Boleh juga buh dalam bekas aiskrim utk anak-anak