oleh: yani
Pasta Carbonara
yani@myresipi.com
Carbonara simple.. boleh tambah cili api utk citarasa melayu
Created on :
07-07-2008
Bahan-bahan ( 2 orang )
- 2 biji telur separuh masak
- pasta utk 2 org makan
- 2 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar butter
- sedikit garam
- 1 ulas bawang putih- dicincang
- 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
- 2 sudu besar minyak zaitun
- Parmesan cheese secukupnya
- Parsley kering secukupnya
- 4-5 biji cili api (kalau nak ubahsuai dgn citarasa melayu)
- serbuk lada sulah/lada hitam
Cara-cara
-
Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
-
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
-
Masukkan pasta ke dlm no.2 bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
-
Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
-
Utk hidang : Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
-
Note :Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.