oleh: donut Donut Pesona

Donut

Donut lembut, boleh disejukbeku dan kurang berminyak. Boleh berniaga.


Created on : 27-06-2008

Bahan-bahan ( 20 biji sederhana saiz )

  • 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
  • 2 SUDU BESAR GULA
  • 11 GRAM (1 PAKET KECIL) YIS
  • 2 SUDU BESAR AIR
  • 3/4 CAWAN SUSU CAIR
  • 1 BIJI TELUR
  • 3 SUDU BESAR MAGERIN/MENTEGA
  • 1/2 SUDU KECIL GARAM
  • 1 TITIK ESEN VANILA (JIKA MAHU)
  • 1 TITIK ESEN ROS (JIKA MAHU)
  • 1 1/4 SUDU TEH PELEMBUT BIO BOSTAN (http://www.resepiniaga.com)

Cara-cara

  1. Larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), pindahkan ke dalam susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
  2. Pindahkan larutan susu-yis ke dalam mangkuk dan masukkan gula, telur, margarin, garam dan PELEMBUT BIO DONUT.
  3. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
  4. Masukkan separuh tepung dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian
  5. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
  6. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
  7. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
  8. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
  9. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
  10. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.