nollyarwen@myresipi.com
donut ni lain dari yg lain sbb guna yogurt. tp rasa nya tetap sedap dan lembut. resipi asal dari website http://www.videojug.com/film/how-to-make-quick-and-easy-doughnuts
tp, nolly da edit bhn2 nya. gambar yang guna ni pon dari website sama, tp esok nk upload gambar sendiri.
Created on :
18-06-2008
Bahan-bahan ( 15biji )
- 1 biji telur ayam
- 1 cwn / 80g gula
- 20g butter yang dicairkan
- 125ml plain yogurt
- 3cwn / 240g tepung
- 1sb dry yiest dibancuh dgn air suam ( bley ganti dgn baking powder dan soda bicarbonate )
- 1/2st garam
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara
-
Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit.
-
Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
-
Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
-
Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
-
Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
-
Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)