oleh: debab Ayam Masak Kicap

Dsc00374

resepi turun temurun dari Ibu Aini


Created on : 04-06-2008

Bahan-bahan ( Untuk 5 org makan )

  • satu ekor ayam - di potong kecil-kecil
  • tepung serbaguna - untuk disalut
  • 5-7 ulas bawang putih - dicincang halus-halus
  • 2-4 tangkai serai - dititik
  • kicap manis - biasa nye pakai kicap Indonesia (Kecap Manis Bango)
  • jus limau nipis - 1 biji
  • 1 sudu makan mentega
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Ayam disalut dengan tepung serbaguna. Kemudian digoreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Di kuali yang panas, tuang kan minyak sedikit. Tumis bawang putih hingga wanggi. Selepas itu, masukkan serai. Goreng hingga wangi.
  3. Kemudian, masuk kan kecap manis dan di ikuti dengan jus perahan limau nipis.
  4. Setelah agak berbuih, masukkan ayam tadi. Gaul rata-rata. Akhirnya, sebelum diangkat dari kuali, masukkan mentega dan gaul sebati.
  5. Selamat mencuba...