oleh: maryam81 Kek Lapis Sri Kandi

Srikandi

Simple dan sedap


Created on : 22-05-2008

Bahan-bahan ( 8" x 8" x 2.5" )

  • 10 Biji Telur
  • 2 gelas tepung hong kong
  • 1 gelas gula yang telah dikisar
  • 1/2 tin susu pekat
  • 450gm Mentega
  • 1 s/m ovellete
  • 1 Botol Kecil Peanut Butter perasa coklat
  • 1 Botol Kecil Jem Oren
  • PEwarna oren
  • 2 s/t serbuk coklat

Cara-cara

  1. Mentega dan gula di pukul hingga kembang.
  2. MAsukkan telur satu persatu.
  3. Bila sudah sebati, masukkan ovellte
  4. Kemudian masukkan tepung gaul hingga rata.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Bahagi kepada 2 warna :- satu bahagian dimasukkan peanut butter & serbuk koko
  7. satu bahagian lagi masukkan dgn jem oren dan pewarna oren
  8. Bakar lapisan coklat dahulu, bila masak barulah masukkan lapisan oren.
  9. Loyang hendaklah di alas dgn mentega dan kertas minyak.
  10. Lapisan pertama guna api atas & bawah , lapisan seterusnya guna api atas sahaja.