oleh: minami133 Spaghetti peperoncino

Dsc_0003

masa penyediaan 20 minit. senang sahaja


Created on : 18-05-2008

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 150gm spaghetti
  • 3 sudu besar minyak zaitun (minyak biasa pon boleh)
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1/4 bawang besar - dimayang halus
  • 2 batang sosej ( boleh diganti dgn seafood)
  • brokoli atau apa2 saja sayur
  • basil
  • oregano
  • garam

Cara-cara

  1. masak air sehingga mendidih. setelah mendidih masukkan garam dan spaghetti. rebus sehingga spaghetti lembut.
  2. sementara menunggu spaghetti lembut, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kekuningan.
  3. masukkan sosej yang telah dipotong serong2. goreng sebentar.
  4. masukkan brokoli dan garam
  5. masukkan spaghetti yg telah direbus ke dalam tumisan tersebut. akhir sekali masukkan basil dan oregano. Gaul sebati. siap untuk dihidang.