oleh: Ayang Puding Gula Hangus

Pudinggulahangus

Senag jer masak nie...penambah selera waktu santai dgn keluarga....


Created on : 29-10-2006

Bahan-bahan ( 6 )

  • Gula - 1 cawan
  • Susu Pekat Manis -1 1/2 cawan
  • Susu Cair - 1 tin
  • Tepung Kastard -3 sudu
  • Esen Vanilla - sedikit jer..2-3 titik
  • Telur - 8 Biji

Cara-cara

  1. Gula dimasak dlm kuali,kacau hingga hancur dan agak keperangan dan masukkan sedikit air,kacau dan sejukkan.....biarkan seketika
  2. Dalam bekas lain.masukkan susu pekat,susu cair dan kacau hingga sebati.
  3. Selepas itu,masukkan telor satu persatu dan kacau hingga sebati dan agak pekat...tambahkan esen vanilla dan tepung kastard.
  4. Bila dah agak sebati...tuangkan adunan tadi ke dalam loyang yang sudah diletakkan gula yang dimasak tadi...
  5. Kukus dlm 45 minit...masak dan angkat....untuk lebih sedap...sejukkan dlm peti ais seketika...barulah boleh dipotong dan dihidangkan....