oleh: tuntung15
Kek Coklat Kukus Lapis Cheese
tuntung15@myresipi.com
Tambah koleksi kek coklat anda
Created on :
26-04-2008
Bahan-bahan ( 10 x 10 )
- Bahan A
- 150gm butter
- 100gm coklat masakan
- Bahan B
- 10 biji kuning telur - Gred A
- 5 biji putih telur
- 225gm gula castor
- 1 sudu besar ovalette (bumbun)
- Bahan C
- 125gm tepung gandum/superfine
- 25gm tepung jagung
- 1 tsp baking powder
- 30gm serbuk koko
- 1 sudu besar coklat emulco
- Bahan untuk lapisan cheese
- 250gm cream cheese
- 100gm coklat masakan putih
- 2 biji telur gred A
- 30gm tepung gandum/superfine
Cara-cara
-
Cairkan bahan A dan sejukkan.
-
Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
-
Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
-
Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
-
Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
-
Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
-
Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
-
Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
-
Kalau suka boleh la ganache kan kek. Yang ini kak ogy x ganache kek sb anak2 suka jugak kalau kek kosong je. Selamat mencuba.