oleh: SallySalina Samosa Inti Tuna

Dsc_0041__small_

Resepi sendiri sebab tak suka samosa inti kentang


Created on : 16-04-2008

Bahan-bahan ( beberapa orang yang nak makan )

  • 1 tin tuna ayam brand
  • 1 s/t Serbuklada hitam
  • Sedikit Bawang putih dan merah diblend-angaran sendiri
  • Kobis-dipotong nipis
  • Garam, gula dan pak aji secukup rasa
  • Kulit Popiah-size besar potong 3 dan semasa nak membalutnya buat seakan membungkus ketupat pulut
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Tumis bawang yang diblend dengan sedikit minyak.
  2. Hancurkan tuna dan kobis yang dipotong dan digaul rata bersama bahan tumisan.
  3. Masukkan bahan perisa: garam, gula, aji dan serbuk lada hitam. Bila agak garing angkat dan sejukkan
  4. Bungkus la stail samosa.. 3 segi.
  5. Goreng hingga garing angkat dan hidangkan.