oleh: yatiezaini Serimuka Comel

Dsc02431-2

bagi menarik perhatian anak2 supaya berminat nak makan kuih2 tptan


Created on : 20-03-2008

Bahan-bahan ( bahagian atas .... anggaran dlm 40biji )

  • 5 sb tepung gandum (penuh2)
  • 1 sb tepung jagung / tepung ubi (penuh2) /
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 2 1/2 cawan santan
  • 5 sb gula pasir
  • sedikit garam.esen vanila dan pewarna hijau
  • bahagian bawah
  • 1 cawan beras pulut dibersihkan dan direndamkan bersama 1 cawan santan cair + sedikit garam selama 30minit
  • Bekas acuan lompang (size ikut suka.. saya gunakan yg paling kecil)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan .... kemudian sediakan bahagian bawah dulu.. masukkn 1/2 sudu kecil beras pulut kedlm acuan lompang bersama dgn sedikit santan.. santan hendaklah menutupi paras pulut.. tidak mahu terlalu banyak santan nanti pulut akan menjadi terlalu lembik & dikukus
  2. Sementara pulut dikukus.. sediakan bahagian atas pula.. Satukan bahan 1 - 4 .. kacau dan di tapis agar tidak berketul..kemudian masukan gula ,garam,pewarna + esen
  3. adunan dimasakn sekejap diatas api perlahan.. kacau sentiasa supaya tidak berketul / berbiji2...
  4. Kemudian blhlah dimasukn adunan ke dlm acuan pulut .. (letakan keatas pulut ) dan dikukus lagi dalam 20-30 minit dgn api sederhana..
  5. Angkat & sejukan dulu .. baru dikeluarkan dari acuan...sedia utk dingap..ngap