oleh: tulip77 Kek Gula Hangus

P2150299

projek belajar masak2 last month


Created on : 14-03-2008

Bahan-bahan ( 15 org )

  • 8 biji telur - saiz B (suhu bilik)
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 3sb butter
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1sk esen vanila
  • 2sk soda bikarbonat (membumbung)

Cara-cara

  1. Mula2 masuk gula bersama 1sb air, masak sampai warna gelap & berbuih. Tutup api dan masukkan 2 cawan air.( hati2 kerana gula akan meletup semasa masukkan air). Masuk pula butter dan kacau sampai butter cair.
  2. Masukkan telur dalam mangkuk. Dengan menggunakan mixer, pukul telur dengan kelajuan minima selama 5 minit dan naikkan ke medium & max. speed sehingga telur betul2 kembang.
  3. Turunkan semula ke min. speed. Masukkan tepung dan pukul lagi adunan tetapi jgn sampai kembang/berbuih sangat.Sambil memukul adunan masukkan pula susu pekat. Bila dah sekata masukkan esen vanilla dan akhir sekali tuangkan gula hangus dan di pukul hingga adunan sebati. (adunan mmg cair & warna seperti teh susu :)
  4. Sapu keliling loyang dengan butter. Masukkan adunan tadi. Bakar pada suhu 175degree selama 40minit atau sehingga masak dalam pre heated oven.
  5. Tunggu sehingga sejuk, baru mudah di potong.