oleh: tulip77
Roti Cekelat
tulip77@myresipi.com
resepi dr internet... telah di ubah suai mengikut brg2 yg ada di dapur... lembut & gebu...
Created on :
06-03-2008
Bahan-bahan ( 20 )
- 1 1/4 cawan air suam
- 2st yis segera
- 1/4 cawan gula
- 4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1st garam
- 2st emplex
- 2st bread improver
- 3sb butter
- 1/4 cawan chocolate chips
Cara-cara
-
Larutkan yis segera, separuh gula di dalam air. Biarkan sehingga adunan berbuih
-
Masukkan tepung gandum,serbuk koko,lebihan gula halus,garam,emplex & bread improver ke dalam mangkuk besar. Gaul biar sekata.
-
Masukkan larutan yis tadi kedalam adunan tepung dan uli hingga bahan2 sebati.
-
Masukkan butter dalam doh dan uli hingga doh licin & tidak melekat di jari. Jika guna 'bread maker' masukkan semua bahan dan uli hingga doh licin.
-
Campurkan sepertiga chocolate chips tadi ke dalam adunan doh & uli biar sebati. Tutup doh dgn cling film dan rehatkan 40mnt di tempat panas hingga doh naik sekali ganda.
-
Tumbuk2 doh utk keluarkan angin, bentukkan doh bulat2 seberat 20g dan letakkan lebihan chocolate chips tadi di permukaan doh. Doh diletakkan dlm loyang yg telah di griskan. Perap sekali lagi selama 40minit.
-
Bakar pada suhu 200degree selama 15minit. Selepas roti masak, tutup dengan kain hingga roti sejuk & blh lah di simpan di dalam container mknan.
-
tips : masa nk bentuk roti bulat2 doh nih melekat sedikit kat tgn, nk mudah minyakkan tgn sedikit jadi mudah nk bulatkan.