oleh: lemongrass
Crumbed baked chicken
lemongrass@myresipi.com
masakan rendah lemak
Created on :
29-02-2008
Bahan-bahan ( 4-6 orang )
- 1 kg ayam, dipotong 8-12 keping. (boleh juga jika digantikan dgn kepak atau drumstick)
- 100 grams cornflakes crumbs (meggunakan grinder, grind cornflakes tapi jgn sehingga hancur habis)
- 2 sudu teh stock ayam serbuk (contohnya Knorr)
- 1 1/4 sudu teh serbuk ketumbar / coriander
- 1/4 sudu teh dried mixed herbs/ oregano/ parsley
- 2 sudu besar minyak
Cara-cara
-
Panaskan oven 190ÂșC.
-
Lapik baking tray dgn baking paper.
-
Campurkan cornflakes crumbs, stock ayam, serbuk ketumbar dan dried herbs di dalam mangkuk yg sederhana saiznya dan gaul sehingga sebati
-
Sapukan sedikit minyak ke setiap kepingan ayam menggunakan pastry brush. (pastikan semua bahagian ayam diselaputi minyak supaya crumbs boleh melekat )
-
Letak kepingan ayam satu demi satu ke dalam mangkuk yg berisi campuran cornflakes tadi dan salut semua permukaan ayam dgn crumb mixture itu.
-
Letak atas tray dan bakar lebih kurang 40-50 minit bergantung kepada saiz kepingan ayam.
-
Selepas 30 minit, balik kan ayam di dalam oven supaya permukaan sebelah menjadi golden brown juga.
-
Bakar sehingga kuning keemasan
-
Sedap di makan dengan sos cili thai.