oleh: tuntung15 Ayam Rendang Cili Api Dgn Kacang Panjang

P2280078

Resipi ibu mertuaku


Created on : 28-02-2008

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

  • 1 ekor ayam (buang kulit dan potong kecil2)
  • 2 paket santan (1 paket = 1 biji kelapa)
  • 1 cekak kacang panjang
  • 30 - 40 biji cili api (ikut rasa pedas masing2)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Blender cili api, kunyit hidup dan lengkuas.
  2. P2280074
    Kacang panjang dipotong serong dan tebal supaya tidak mudah hancur.
  3. P2280075
    Masukkan ke dalam periuk ayam, bahan yang telah diblender, serai, asam keping, santan pekat dan garam.
  4. Masak diatas api sederhana sambil dikacau sehingga pekat dan agak kering dan nampak berminyak.
  5. Akhir sekali masukkan kacang panjang.
  6. Gaul rendang sekejab dengan kacang. Jangan lama kerana kacang panjang mudah lecur.