oleh: mirza_izz Udang Masak Gulai Kunyit & Lengkuas

No picture

Resepi dari mama ...senang sangat


Created on : 25-02-2008

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kilo udang saiz sederhana (dibuang kepala & dibersihkan)
  • 1/2 inci kunyit hidup-di tumbuk
  • 1-2 inci halia - di tumbuk
  • 3-5 keping asam keping
  • 1 paket pati santan ditambah sedikit air
  • 1 labu bawang merah - yang besar / 3-5 ulas bawang merah kecik - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 sudu cili boh
  • Garam secukup rasa
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Masukkan santan(ditambah air jangan terlalu banyak- anggaran segelas cawan sahaja.) bahan tumbuk, asam keping, gula dan garam ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih
  2. Masukkan udang yang telah dibersihkan. Biarkan sehingga masak dan kuahnya tidak terlalu pekat.
  3. Setelah masak boleh dihidangkan. Sedap di makan dengan nasi putih.