oleh: tulip77 Ikan kerisi masak taucu

P1250039

sekejap je nk sediakan


Created on : 25-01-2008

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 4 ekor ikan kerisi
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 batang serai
  • 3 sb taucu kasar
  • 3 sb minyak
  • 700ml air

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam & kunyit. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan, masukkan bawang besar & masak hingga agak layu. Masuk pula taucu dan lada, kacau biar sekata.
  3. Selepas 5 minit,masukkan serai dan kacau lagi. Masukkan air dan biarkan mendidih. Rasa kuah jika tawar blh masukkan sedikit garam.
  4. Akhir sekali masukkan ikan perlahan2 ke dalam kuali dan biarkan ikan terendam di dalam kuah selama 10 minit dengan api perlahan.
  5. Siap utk dihidang, blh dihias dgn daun bawang