oleh: rosnani Asam Pedas Kepala Ikan Mayong

P8150239

Masakan Kampung


Created on : 15-08-2007

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Ikan Duri @ Mayong/ ikan Merah/ Ikan semilang (atau ape2 ikan aje)
  • Daun Kesum secukupnya
  • 1 1/2 batang Serai (potong nipis & kisar)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 sudu teh lada hitam (kisar)
  • 1 sudu besar beras (rendam air panas sampai kembang & kisar)
  • 10 tangkai cili kering (boleh campurkan dgn 5 tangkai cili padi, = I campurkan dedua sekali & blend)
  • 2 inci kunyit hidup (kisar)
  • 2 biji mempelam telur (mempelam bulat, ade yang panggil mempelam padi ) Kupas kulitnyer , HIris memanjang & menyerong.
  • Garam & serbuk perasa
  • Tomato = belah 4 (Optional)
  • 2 bunga kantan= belah 2 (Optional)
  • Air 500 ml
  • Air asam jawa & sedikit garam (utk perap ikan, hilangkan hanyir)

Cara-cara

  1. Ikan diperap dengan air asam jawa & garam.( I pakai ikan mayong, lemak dia bertepuk2 naik ke permukaan air). Kemudian , basuh & ketepikan.
  2. P8140237
    Susun ikan dalam periuk, taburkan mempelam telur. Tuangkan semua bahan kisar & masukkan air 500ml. Hidupkan api sederhana.
  3. Resepi ni memang tak payah tumis. Apabila kuah mendidih, taburkan daun kesum & bunga kantan ( I tak pakai bunga kantan). Gulai tak perlu dikacau lasak sgt, memadai dengan kacau kuah, jangan kena ikan takot ikan hancur.
  4. Masukkan garam & perasa, untuk yang tak tahan pedas leh tambah gula 1 sudu. Kuah akan pekat sendiri, sebab ade campuran beras blender tadi. Masukkan tomato & Suaikan rasa.
  5. Bila kuah makin pekat & kering sedikit. Boleh lah padamkan api. HIdangkan bersama nasi hangat & ulaman. (Tak perlu sambal belacan, sbb terlampau pedas.)
  6. P8140231
    Ini gambar mempelam telur yang dah dikupas kulitnye.
  7. Resepi ni tak perlu pakai asam keping or asam jawa. cukup dengan mempelam tu, boleh juga gantikan dengan belimbing buluh.