oleh: meow Tumis Asam Ikan Talapia

Asam

resepi omak.. simple dan murah aje..


Created on : 14-08-2007

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng
  • secekak daun kesum
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak utk menggoreng
  • Bahan2 Kisar
  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih

Cara-cara

  1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga naik baw dan garing
  2. Masukkan air asam jawa dan daun kesum biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)
  3. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi berserta buah tomato yg telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. SELAMAT MENCUBA