oleh: Ringo Ham Ayam

Img_6547

cara senang nak buat ham sendiri. sedap!!! resepi dari cookpad.com


Created on : 08-08-2007

Bahan-bahan ( setongkol )

  • 2 keping dada ayam
  • *1 s/t garam
  • *1 s/t gula
  • *1 s/t lada hitam (freshly ground)
  • *1 tangkal rosemary (cincang)
  • *1 tangkal thyme (leraikan dari tangkal)

Cara-cara

  1. Img_6493
    buang kulit dan bersihkan ayam.
  2. Shrqv9
    dengan menggunakan pisau selinap daging dari bahagian tengah ke tepi supaya daging itu leper nipis seperti dalam gambar.
  3. Img_6498
    campur semua bahan bertanda * dan lumur pada ayam. ramas2 kan sebentar.
  4. masukkan kedalam ziploc bag, keluarkan udara dan "seal"kan. perap selama 2 hingga 4 hari didalam peti sejuk.
  5. Img_6541
    selepas diperap, keluarkan dari peti sejuk. didihkan air secukupnya untuk merebus. sementara itu, lampirkan 2 atau 3 helai plastik wrap. letak daging ayam dengan bahagian berkulit(walaupun dah dibuang kulit) dibawah seperti dalam gambar.
  6. Img_6542
    gulung kemas ayam.
  7. Img_6544
    balut dengan plastik dan ikat dengan benang seperti dalam gambar.
  8. Img_6545
    balut lagi dengan aluminium foil.
  9. Img_6546
    rebus dalam air mendidih selama 15 minit. balik-balikkan. tutup api dan biarkan sejuk dengan sendiri dalam periuk selama 1/2 hari. kalau buat malam, keesokan harinya bolehlah dibuka.
  10. Img_6548
    hiris dan hidangkan. sedap dimakan bersama sandwich ataupun salad.
  11. Img_6491
    --nota-- lada hitam dan herb boleh ditambah atau dikurangkan dan juga ditambah dengan herb lain mengikut kesukaan masing2. kalau tiada fresh herbs, bolehlah menggunakan dry herbs.