oleh: ina
Fettuccine Alfredo
ina@myresipi.com
pasta with white sauce
Created on :
04-08-2007
Bahan-bahan ( 2 orang )
- fettuccine atau pasta lain
- butter 3 sudu besar
- tepung gandum 2 sudu besar
- susu 1 cawan
- ayam, udang
- sayur-sayuran (broccoli, kobis, mixed veggie, etc)
- garam, lada hitam, herbs (parsley, basil, oregano etc),
- keju parmesan
Cara-cara
-
Rebus fettuccini mengikut arahan pada kotak.
-
Sos: Cairkan butter dan masukkan tepung. Kacau 2-3 minit sehingga tepung masak.
-
Masukkan susu dan kacau. Boleh juga tambah pati ayam jika mahu. Tambah susu/air jika sos terlalu pekat atau tambah tepung jika sos terlalu cair.
-
Masukkan ayam, udang dan seafood yang lain. Masukkan pula sayur-sayuran.
-
Akhir sekali, perisakan dengan garam, lada hitam dan herba yang ada.
-
Untuk menghidang, letak fettuccini ke atas pinggan dan tuangkan sos di tengah2nya. Sprinkle dengan parmesan cheese.
-
Nota: semasa membuat sos saya tambahkan juga 3 sudu besar sos spaghetti untuk memberi sedikit warna dan rasa masam.